Kenapa daging dan susu dari haiwan yang di ternak gerak bebas atas padang ragut amatlah penting untuk kesihatan konsumer:
Artikel artikel berikut dimuat turun dari laman web Jo Robinson seorang penulis yang telah menulis sebuah buku yang paling laris atau 'best seller' bertajuk 'Why Grassfed Is Best'.  Laman web beliau adalah http://eatwild.com
a. Daging dari haiwan yang diternak dengan makanan rumput adalah lebih
   berkhasiat daripada daging organik.
b. Manfaat kesihatan daripada memakan daging haiwan yang diternak dengan
   makanan rumput.
c.
Anda Adalah Apa Haiwan Anda Makan
d.
Lemak Yang Baik, Lemak Yang Tidak Baik (dari segi kesihatan)
Bernarkah kandungan kolesterol daging kambing lebih rendah daripada daging merah lain?
Tidak, daging kambing mengandungi tahap kolesterol lebih tinggi daripada daging merah lain.  Walaubagaimanapun, ia mengandungi lemak tepu yang jauh lebih rendah daripada daging merah lain.  Fakta ini ternyata apabila kita membakar atau panggang daging.  Daging lembu, bebiri, ayam mengeluarkan lebih banyak lemak (drippings) yang jatuh atas arang berbanding dengan daging kambing.

Daging kambing yang dibela secara fidlot (feedlot) akan mempunyai tahap lemak tepu yang lebih tinggi - lebih kurang 4 atau 5%.  Akan tetapi, ini masih lebih rendah dibandingkan daging merah lainnya yang memiliki lemak tepu sekitar 10%.  Kambing yang dibela secara bebas atas padang ragut akan memiliki tahap lemak tepu sekitar 1% atau kurang (dengan syarat kambing kambing tersebut tidak digemukkan sebelum disembelih).  Sesetengah penternak akan gemukkan kambing sebelum sembelih dengan memberi pemakanan pellet yang tinggi.  Lemak tepu kambing ini akan naik.

Kebanyakkan daging merah memiliki rata-rata 70mg kolesterol per 100 grams daging.  Daging kambing biasanya diantara 70 hingga 75 mg per 100 grams. Daging kambing fidlot adalah lebih tinggi.  kambing yang makan 100% rumput akan memiliki sekitar 65 hingga 70mg per 100 grams.

Daging kambing Al Masyhur memiliki sekitar 50 hingga 65 mg per 100 grams kerana kambing Al Masyhur diberikan sejenis makanan (suplemen) semulajadi yang mampu merendahkan kolesterol kambing.  Pada manusia, bahan semulajadi yang boleh menurunkan tahap kolesterol adalah termasuk beras ragi merah ( red yeast rice) yang mengandungi bahan asli mirip "statin".  Untuk kambing, kami telah menghasilkan sejenis bahan yang sama yang boleh menurunkan kadar kolesterol di kambing.

Paling penting, daging kambing Al-Masyhur mempunyai nisbah omega 6: omega 3 yang sangat sesuai untuk kesihatan manusia ia itu 4:1.  Daging kambing lain, terutama sekali yang diberi makanan pellet mempunyai nisbah 15:1 dan atas.